Susuk Sebenar

Susuk Aura Penyeri
Jun 12, 2018
Susuk Berlian Malaysia
Jun 15, 2018

Susuk Sebenar

Apa Itu Susuk ??

Susuk sebenar merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan untuk tujuan tertentu. Bahan ini boleh jadi berlian, emas, raksa, logam dan sebagainya. Namun, pada hari ini, bukanlah tujuan saya hanya untuk menerangkan apa itu susuk, tetapi sekaligus membongkar segala kepercayaan karut marut yang sering diperkatakan dari mulut ke mulut oleh orang yang langsung tiada pengetahuan tentang susuk.

Ini jelas dapat dilihat melalui penulisan web-web yang berpengaruh namun masih mengangkat dan mempercayai pantang larang karut-marut yang tiada asasnya. Maka, saya mengkehendaki anda untuk baca dan fahami sebetul-betulnya apa makna susuk, bukan hanya mendengar cakap-cakap orang tanpa anda mengetahui kebenarannya.

 

Jenis Susuk Sebenar

Terdapat pelbagai jenis susuk sebenar yang ditawarkan oleh pemasang-pemasang susuk di luar sana. Antara yang paling terkenal adalah susuk berlian dan susuk emas. Namun secara amnya, susuk berlian adalah susuk sebenar yang paling ampuh dan kesannya amat drastik. Apabila si pemakai memakai susuk berlian, aura serinya akan terus terlihat dan seharusnya kesannya adalah instant. Selain itu, susuk berlian kesannya adalah kekal dan auranya tidak akan suram sepanjang si pemakainya masih hidup.

Berbeza dengan susuk emas, kesannya juga drastik namun tidak kekal lama. Aura serinya akan hilang dalam tempoh 8 ke 10 tahun dan ini menyebabkan susuk emas kurang digemari oleh si pemakai dan juga si pemasang susuk. Namun, jika kita lihat, pada zaman dahulu, kebanyakan pemakai susuk lebih menggunakan emas sebagai objek berbanding dengan berlian. Ini dapat saya jelaskan melalui fakta bahawa emas amat murah dan mudah didapati dulu kala, membolehkan rakyat biasa juga boleh menggunakan emas.

Berbanding dengan berlian, ianya hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan. Ini adalah kerana harga berlian yang amat mahal pada zaman dahulu. Contoh paling senang dapat kita lihat melalui cerita arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu “Panggilan Pulau”. Cerita ini telah menggambarkan sendiri betapa mahalnya sebutir berlian sehingga dapat membeli sebuah pulau menggunakan berlian tersebut. Itu adalah contoh sebenar dan bukan hanya rekaan semata-mata, menjadikan susuk berlian adalah susuk eksklusif dan hanya dapat dimiliki oleh golongan bangsawan dan orang kenamaan. Justeru terdapat keterbatasan pemilikan berlian oleh orang biasa pada zaman dahulu. Tetapi saya tegaskan, itu adalah zaman dahulu kerana berlian amat limited maka harganya amat mahal namun kini harganya adalah mampu milik walaupun untuk golongan biasa.

 

Pantang Larang Susuk

Di kesempatan hari ini, saya secara jujurnya ingin tanya pada anda, adakah anda percaya susuk sebenar ada pantang? Jika ya, maka saya minta anda untuk buka minda anda, terima dengan hati yang terbuka mengenai apa yang saya akan bongkarkan pada entri kali ini.

Susuk pada faktanya tiada langsung pantang larang. Kenapa pula jin, syaitan, ibis perlu takut pada pisang? Atau seperti selalu dikatakan, pemakai susuk tidak boleh makan satey atau lalu bawah ampaian. Ini jelas satu penipuan! Apa akan terjadi sekiranya termakan pisang atau terlanggar pantang larang?? Maka susuk akan terkeluar?? Ini adalah bukti kebanyakan para pemasang susuk yang sengaja mengambil kesempatan dan menjadikan si pemakai sebagai machine ATM mereka. Mengapa saya katakan sedemikian?? Amat mustahil untuk tidak makan pisang dan memang mustahil jika ada yang berjaya mengelak dari pantang-pantang yang karut-marut seperti diperkatakan oleh orang kebanyakan.

Satu lagi fakta, saya minta anda untuk fikir secara logik, secara waras dan rasional. Jika terlanggar pantang boleh membuatkan susuk yang dipakai terkeluar, mengapa pula sampai masa si pemakai hendak mengeluarkan susuk dari tubuhnya, dia perlu mencari ustaz atau bomoh. Kenapa tak makan pisang atau satey saja, kan dah boleh keluarkan susuk seperti digembar-gemburkan oleh pemasang susuk “PALSU”. Maka sebab itu saya katakan, dan berkali-kali saya tegaskan dalam kebanyakan penulisan saya, susuk sebenar langsung dan memang tidak ada pantang larang.

Siapa kata pakai susuk sebenar susah nak mati atau haram untuk dia bersembahyang?? Ini jelas satu ilmu yang sesat. Walaupun seseorang memakai susuk, dia tetap boleh bersembahyang dan ada yang pergi mengerjakan umrah. Susuk ini tidak akan mengganggunya atau memberatkan tubuh badannya untuk beribadah mengadap tuhan. Lagi satu, mengapa pula pakai susuk susah nak mati, sedangkan Allah telah berfirman, bahawa kematian seseorang tidak cepat walau sesaat, tidak lambat walau sedetik. Fikir sejelas-jelasnya.

 

 

susuk sebenar

 

Siapa Saya

Saya adalah satu-satunya pakar pemasang susuk diraja di Malaysia abad ini. Ilmu ini telah diijazahkan kepada saya oleh moyang saya sendiri iaitu seorang pemasang susuk yang handal, berketurunan Siam Thailand. Beliau adalah pemasang susuk di Thailand dan ilmunya telah diturunkan kepada saya sejak saya berumur 13 tahun lagi.

Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang pemasang susuk sejak tahun 1996 hingga kini, jika dihitung sudah mencecah 22 tahun. Inilah sebenar-benarnya ilmu pemasang susuk yang sudah mencapai ratusan tahun dan saya adalah pewaris yang sebenar-benarnya.

Jika anda berminat, maka anda perlu datang ke pusat rawatan saya di utara tanah air. Cara saya adalah bukannya anda datang untuk mendengar saya bercakap kosong, tetapi anda datang depan saya dan boleh pegang sendiri handphone saya. Lihat sendiri ratusan testimoni/feedback yang terkandung di dalamnya oleh mereka yang pernah menggunakan khidmat saya.

Janji saya adalah “HARI INI ANDA PASANG, HARI INI JUGA MESTI NAMPAK AURA SERINYA!” Tiada pantang larang sama sekali dan kesannya adalah drastik.

HUBUNGI :

 

010 – 381 5483

010 – 381 5483

010 – 381 5483

 

Comments are closed.