Susuk Kecantikan mengundang bahaya kepada pemakai susuk? Pemakai susuk tak boleh langgar pantang-larang susuk? Susah nak meninggal jika ada memakai susuk??
Jawapannya ada dalam artikel ini…
Susuk selalunya sinonim dengan wanita. Ini kerana, wanita amat mudah tertarik dengan perkara yang membuatkan mereka nampak cantik, kekal awet muda, dan jelita tanpa menonjolkan usia.
Pengertian susuk adalah memasukkan benda asing ke dalam tubuh badan seseorang dan tidak terhad kepada anggota muka sahaja malah merangkumi seluruh anggota badan seperti kaki, tangan, bahkan alat sulit juga boleh dipasangkan susuk asli.
Untuk memasang susuk kecantikan, para pemasang susuk haruslah menggunakan benda asing untuk dimasukkan ke dalam tubuh orang yang bakal memakai susuk tersebut. Antara jenis benda asing yang sering digunakan dalam proses pemasangan susuk kecantikan di Malaysia adalah berlian, serbuk emas, jarum emas, perak, logam dan raksa. Selain penggunaan benda asing, jin, syaitan, ibis turut digunakan bagi menjayakan proses pemasangan susuk kecantikan yang betul-betul ampuh.
Tidak kiralah Susuk Kecantikan, Susuk Berlian, Susuk Raksa atau apa saja jenis susuk… Saya di sini ingin menegaskan bahawa susuk jenis apa sekalipun, TIDAK ADA PANTANG LARANG!!!
Di kesempatan hari ini, saya secara jujurnya ingin tanya pada anda, adakah anda percaya susuk sebenar ada pantang? Jika ya, maka saya minta anda untuk buka minda anda, terima dengan hati yang terbuka mengenai apa yang saya akan bongkarkan pada entri kali ini.
Susuk pada faktanya tiada langsung pantang larang. Kenapa pula jin, syaitan, ibis perlu takut pada pisang? Atau seperti selalu dikatakan, pemakai susuk tidak boleh makan satey atau lalu bawah ampaian. Ini jelas satu penipuan!
Apa akan terjadi sekiranya termakan pisang atau terlanggar pantang larang?? Maka susuk akan terkeluar??
Ini adalah bukti kebanyakan para pemasang susuk yang sengaja mengambil kesempatan dan menjadikan si pemakai sebagai machine ATM mereka. Mengapa saya katakan sedemikian?? Amat mustahil untuk tidak makan pisang dan memang mustahil jika ada yang berjaya mengelak dari pantang-pantang yang karut-marut seperti diperkatakan oleh orang kebanyakan.
Satu lagi fakta, saya minta anda untuk fikir secara logik, secara waras dan rasional. Jika terlanggar pantang boleh membuatkan susuk yang dipakai terkeluar, mengapa pula sampai masa si pemakai hendak mengeluarkan susuk dari tubuhnya, dia perlu mencari ustaz atau bomoh. Kenapa tak makan pisang atau satey saja, kan dah boleh keluarkan susuk seperti digembar-gemburkan oleh pemasang susuk “PALSU”. Maka sebab itu saya katakan, dan berkali-kali saya tegaskan dalam kebanyakan penulisan saya, susuk sebenar langsung dan memang tidak ada pantang larang.
Siapa kata pakai susuk susah nak mati atau haram untuk dia bersembahyang?? Ini jelas satu ilmu yang sesat. Walaupun seseorang memakai susuk, dia tetap boleh bersembahyang dan ada yang pergi mengerjakan umrah.
Susuk ini tidak akan mengganggunya atau memberatkan tubuh badannya untuk beribadah mengadap tuhan.
Lagi satu, mengapa pula pakai susuk susah nak mati, sedangkan Allah telah berfirman, bahawa kematian seseorang tidak cepat walau sesaat, tidak lambat walau sedetik. Fikir sejelas-jelasnya.
Saya adalah pakar pemasang Susuk Diraja. Ilmu ini telah diijazahkan oleh moyang saya, seorang pemasang susuk handal di Nangkorn, Thailand ketika saya baru berusia 13 tahun lagi. Saya adalah satu-satunya pewaris ilmu ampuh ini.
Janji saya adalah “HARI INI PASANG, MAKA HARI INI JUGA MESTI NAMPAK AURA SERINYA!”. Kalau tak nampak dan tiada kesan pada diri anda, maka anda tak perlu bayar walau SATU SEN pun!!!
Bagi yang betul-betul berminat, anda boleh hubungi saya, pakar pasang susuk di Malaysia. Jika benar berhajat mahu pasang susuk, maka anda perlu datang ke pusat rawatan saya yang terletak di utara tanah air.
Susuk tidak boleh dipasang jarak jauh. Upacara pemasangan susuk harus dijalankan face to face antara pemasang susuk dan pemakai susuk. Proses ini saja memakan masa selama 4-5 jam.
Jangan terpedaya dengan pasang susuk jarak jauh. Ini bukan produk kosmetik boleh dipos-pos. Ada upacara, baru la susuk dapat dipasangkan!
Hubungi saya : 010-381 5483
Sekian post saya mengenai Susuk Kecantikan. Untuk mengetahui info terbaru, teruskan bersama saya di laman sesawang: